Kawasan Rekreasi Hutan Nasional Alishan

Pengenalan

Kawasan Rekreasi Hutan Nasional Alishan terletak di Perbandaran Alishan, Chiayi dengan keluasan 1,400 hektar. Destinasi pelancongan utama Alishan terletak pada ketinggian sekitar 2,200 meter dari permukaan laut.

Cuaca yang sangat basah membentuk pemandangan hutan dan iklim yang luar biasa seperti matahari terbit, lautan awan, teja, hutan dan landasan kereta api di Alishan. Kelima-lima tarikan ini terkenal di peringkat antarabangsa.


  • Sementara bersiar-siar di hutan dengan santai, jangan terlepas beberapa tarikan yang mesti dikunjungi, termasuklah Landasan Kereta Api di Hutan Alishan, Kolam Adik-beradik, lautan awan dan sebagainya!
  • Pemandangan matahari terbit di Alishan cukup terkenal di dalam dan di luar Taiwan. Platform menghayati matahari yang terletak di sebelah Stesen Jhushan merupakan tempat terbaik untuk mengalami fenomena Aurora.

Galleri

Laman Web Yang Berguna

Kawasan Rekreasi Hutan Nasional Alishan

Informasi

Alamat: Perbandaran Alishan, Daerah Chiayi.

Tel: +886-5-267-9917

Waktu Operasi: 24 jam

Laman Web: https://recreation.forest.gov.tw/lang/EN/Forest/RA?typ=0&typ_id=0500001

Maklumat Pengangkutan

(Maklumat pengangkutan tidak tetap. Sila semak dengan stesen pengangkutan sebelum bertolak.)

Pengangkutan

  • Lebuh Raya Nasional 3 → Keluar di Persimpangan Zhongpu → Lebuh Raya Wilayah 18.

Pengangkutan Awam

  • Naik kereta api ke Stesen Kereta Api Chiayi, kemudian tukar ke Kereta Api Hutan Alishan dan turun di perhentian Alishan.
  • Naik kereta api ke Stesen Kereta Api Chiayi, kemudian tukar ke Bas Daerah Chiayi (menuju ke Alishan) dan turun di perhentian Alishan.
  • Naik Kereta Api Berkelajuan Tinggi Taiwan (THSR) ke Stesen Chiayi, kemudian tukar ke Bas Ulang-alik Alishan Pelancongan Taiwan Laluan A 7329 dan turun di perhentian Alishan.
  • Naik Kereta Api Taiwan (TRA) ke Stesen Chiayi, kemudian tukar ke Bas Ulang-alik Alishan Pelancongan Taiwan Laluan B 7322C dan turun di perhentian Alishan.