Bunga Api Bermekaran di Langit Malam
Selain pertunjukan bunga api di Taipei 101, Festival Bunga Api Antarabangsa Penghu membolehkan para pengunjung menonton persembahan bunga api yang menakjubkan, pertunjukan cahaya drone dan konsert yang mengagumkan di kapal layar yang melintasi lautan. Selain itu, terdapat persembahan bunga api tahunan yang diadakan di Taman Tema Taichung Lihpao, Taman Tema Dunia Fantasi Janfusun dan Dunia E-DA di Kaohsiung.
Photo credit: alice820629
Photo credit: xuan_way
Penggabungan Tradisi & Inovasi: Perayaan Tradisional
Perayaan Festival Musim Bunga di Taiwan menyebarkan kebudayaan tradisional ke seluruh dunia. Selain Festival Tanglung Taiwan, Festival Tanglung Langit Pingxi dan Festival Roket Sarang Lebah Yanshui merupakan acara-acara luar biasa yang diadakan pada malam pertama bulan purnama semasa Tahun Baru Cina. Setiap tahun, beribu-ribu pengunjung menyertai dua acara ini untuk membuat hajat dan menyingkirkan kesialan.
Keindahan Luar Biasa: Festival Bunga Tung Hakka
Setiap tahun, pengunjung berduyun-duyun ke Taiwan untuk menyaksikan bunga-bunga tung yang berguguran umpama salji putih. Kelompok etnik Hakka merupakan salah satu etnik yang terbesar di Taiwan. Para pengunjung berpeluang merasakan kebudayaan Hakka, menikmati masakan yang unik dan mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti pemujaan melalui festival ini.
? April – Mei
? Diadakan di hampir semua daerah dan bandar, terutamanya di Taoyuan, Hsinchu dan Miaoli.
Tarikh festival ini belum ditetapkan kerana pandemik Covid-19.
Photo credit: unaiamuna
Photo credit: evonne0317
Rasai Musim Panas: Festival Seni Arca Pasir Antarabangsa Fulong
Tahun ini, para seniman akan menggunakan pasir kuning keemasan Pantai Fulong untuk menggambarkan pergunungan dan laluan basikal di Taiwan dan seluruh dunia. Festival seni ini menggabungkan arca pasir, budaya, lukisan, seni bina, kecergasan fizikal dan hiburan. Pengunjung boleh menyertai pertandingan antarabangsa dan domestik untuk merangsang kreativiti mereka.
? 26 Mei – 29 Ogos 2021
? Diadakan di Pantai Fulong, Taipei.

Hidangan yang Menyegarkan: Festival Musim Panas Formosa
Pengunjung dapat menikmati lawatan yang menggabungkan pelbagai aktiviti khas musim panas, seperti makanan, Solstis Musim Panas, seni arca pasir, dan perjalanan kereta api berserta dengan hidangan ais tempatan. Hidangan ais yang paling terkenal dari pelbagai kawasan termasuklah Ais Aiyu Chiayi, Ais Mangga Tainan, Ais DaOneGong Kaoshiung, Ais Udang Sakura Pingtung dan Ais Kaktus Penghu.
? Jun – September
? Diadakan di hampir semua daerah dan bandar, terutamanya di Penghu, Chiayi, Hualien dan Bandar Taipei.

Photo credit: lengchih_chou
Photo credit: bikencampsoksok
Puncak Keselesaan: Karnival Kolam Air Panas dan Makanan Mewah Taiwan
Taiwan telah dikurniakan dengan pelbagai sumber air panas, termasuk Kolam Air Panas Beitou, Kolam Air Sejuk Su’ao, Kolam Air Garam Hangat Zhaori, Kolam Air Panas Hakoune Onsen dan Kolam Air Panas Guanziling. Pengunjung dapat menikmati keselesaan yang menggembirakan dari 17 kawasan mata air panas, hidangan mewah Taiwan, tarikan budaya dan pusat beli-belah premium sekaligus.
? Oktober – Jun tahun berikutnya
? Diadakan di hampir semua daerah dan bandar

Jom Melayang: Festival Belon Antarabangsa Taiwan
Para pengunjung boleh mengambil gambar dengan semua belon udara panas yang dipamerkan di Tanah Tinggi Luye di menara peninjau. Dengan menaiki belon udara panas, pengunjung berpeluang menghayati pemandangan Taiwan Timur yang menakjubkan. Kunjungilah bengkel, dapur bata dan rumah atas pokok di Talem Kalijuvung untuk merasai gaya hidup luar bandar Taiwan.
? Julai – Ogos
? Diadakan di Luye, Taitung

Photo credit: scencesss
Photo credit: zcwind
Keseronokan Tanpa Had: Pesta Kayuhan Taiwan
Taiwan mempunyai rangkaian laluan berbasikal yang komprehensif dan saling berhubung. Tahun ini, pihak penganjur memperkenalkan lima tema berbasikal utama, termasuk “Pinggir Laut”, “Tepi Sungai”, “Bukit, Lembah dan Hutan”, “Pergunungan Tinggi” dan “Kawasan Desa”. Penunggang dari semua peringkat dapat menjelajahi tempat-tempat menarik di sekitar pulau ini dengan dua roda di samping memperkaya tubuh dan jiwa.
Cabaran Diterima: Maraton Merentas Laut Penghu
Maraton Merentas Laut Penghu membolehkan peserta menjelajah pulau ke pulau dengan berjalan kaki sambil menikmati pemandangan indah di pesisir teluk yang menarik. Selain itu, mereka boleh merasai makanan istimewa tempatan di stesen bekalan rasmi. Sepanjang perjalanan, para peserta akan melalui rumah-rumah kuno, kampung-kampung, pelabuhan nelayan dan jalan pesisir. Penjelajahan mereka akan menjadi lebih menarik daripada aktiviti pelancongan biasa.
? November
?Diadakan di Penghu

Photo credit: zhao_wen_lin
Photo credit: cassandrareynolds
Bergemuruh dengan Muzik: Festival Muzik EDM
Road to Ultra Taiwan merupakan tarikan seluruh dunia pada tahun lalu. Selain pertunjukan cahaya, muzik dan idea yang menakjubkan, acara antarabangsai ini juga menjemput artis-artis EDM terkenal. Tahun ini, peminat muzik sangat menanti-nantikan Festival Muzik Songkran S2O Taiwan, Creamfields dan Konsert May Day. Persembahan bunga api juga tidak boleh dilepaskan!
? Tarikh festival ini tidak ditetapkan kerana pandemik Covid-19.
?Diadakan di Taipei