Orang-orang Cina amat menghargai batu jed dan mereka telah menghasilkan pelbagai hiasan dan barangan kemas jed sejak ribuan tahun yang lalu. Hingga sekarang, ramai penduduk Taiwan memakai gelang atau cincin yang diperbuat daripada batu nephrite dan jadeite. Batu-batu separa-berharga seperti topaz dan quartz, digunakan dengan meluas untuk menghasilkan barang kemas yang memukau mata. Tempat terbaik untuk mencari barang kemas ialah di Weekend Jade Market di Taipei yang terletak di persimpangan Jalan Jianguo South dan Jalan Ren’ai. Di sini terdapat beratus-ratus peniaga yang bukan sahaja menjual variasi produk jed tapi juga barang kemas batu-batu separaberharga dan batu karang. Oleh sebab wujud tradisi menghadiahkan barang kemas emas kepada pasangan yang baru berkahwin, setiap bandar ada beberapa penjual barang kemas tradisi yang menjual produk emas dan perak berkualiti tinggi. Gedung-gedung membeli-belah juga memiliki kedaikedai barangan kemas yang bagusbagus.