Mendedahkan Keajaiban Musim Panas dalam Festival Solar Taiwan

Alami inti pati musim panas di Taiwan sambil merayakan Festival Solar 2024, satu perayaan meriah yang menghargai kemesraan dan keindahan musim ini. Festival Solar di Taiwan berlangsung ketika solstis musim panas, menandakan masa negara pulau ini menceburkan diri dengan pelbagai perayaan dan cuti yang menakjubkan. Perayaan tahunan ini kini telah berkembang dengan merangkumi pengalaman yang kaya, menyatukan 13 buah kawasan pemandangan nasional, 10 buah muzium terunggul di Taiwan Selatan, dan kesemua 22 daerah dan bandar di Taiwan. Dari Jun hingga September, para pelawat dijemput untuk menyelami pesona pertengahan musim panas Taiwan dengan masakan yang lazat, aktiviti yang menyeronokkan dan tarikan yang indah yang mempamerkan pelancongan musim panas Taiwan yang terbaik.

Aktiviti-aktiviti utama Festival Solar yang setiap satu direka untuk memikat dan menggembirakan para pelancong termasuk:

  • Bak Chang dan Perahu Naga: Selami tradisi membuat dan menikmati bak chang, digandingkan dengan tontonan perlumbaan perahu naga yang mendebarkan. Inilah kemuncak warisan budaya Taiwan yang sebenar.
  • Solstis Musim Panas 235: Alami semangat musim panas Taiwan pada hari terpanjang dalam satu tahun dengan acara dan persembahan istimewa. Demi memperkaya sains popular dan budaya tempatan, Biro Pelancongan Taiwan telah menjemput 10 buah muzium utama, pameran-pameran dan tempat-tempat persembahan seni untuk menyertai acara besar ini.
  • Teh Ais dan Ais Cukur: Kekal sejuk dalam cuaca panas dengan teh ais Taiwan yang menyegarkan dan pencuci mulut ais cukur yang lazat. Sama ada teh yang dibancuh sejuk, kopi ais berperisa unik atau ais cukur gula perang dengan topping, setiap hidangan menjanjikan pengalaman deria yang menggembirakan.
  • Pameran Masakan Taiwan: Temui pelbagai masakan Taiwan dengan kepakaran serantau, inovasi masakan dan bahan-bahan tempatan, meraikan pelbagai hidangan Taiwan dan antarabangsa dari ladang ke meja.
  • Keseronokan Pelancongan Kereta Api: Mulakan perjalanan nostalgia di landasan kereta api Taiwan yang indah, dengan pesona bersejarah yang dilengkapi dengan keselesaan moden. Nikmati pemandangan panoramik landskap yang indah dari pantai ke pergunungan, menawarkan pelancong santai sebagai alternatif kepada perjalanan jalan raya.

Sama ada menikmati makanan tempatan, mengambil bahagian dalam acara kebudayaan, atau meneroka keajaiban semula jadi landskap Taiwan, Festival Solar menjanjikan perjalanan yang tidak dapat dilupakan. Setiap aktiviti direka untuk memberikan hubungan yang lebih mendalam kepada tradisi, cita rasa dan keindahan pemandangan Taiwan, menjemput para pengunjung global untuk menemui warisan budaya yang kaya dan layanan yang mesra.

Sertai kami dari bulan Jun hingga September untuk Festival Solar dan dedahlah keajaiban musim panas di salah satu destinasi paling menawan di Asia. Sama ada anda seorang peminat makanan, penjelajah budaya atau pencinta alam semula jadi, Taiwan menawarkan sesuatu yang sesuai untuk semua orang semasa musim yang meriah ini. Jemputan yang ikhlas kami hulurkan kepada anda untuk meneroka, mengalami dan menikmati segala-galanya yang ditawarkan oleh Taiwan, yakni menemui keajaiban musim panas dan mencipta kenangan abadi dalam gelombang keajaiban.

Terokai Festival Solar dan merancang perjalanan anda di https://summerfestival.taiwan.net.tw/. Biarkan perayaan musim panas dan keajaiban indah Taiwan memikat deria anda dan memperkaya pengalaman pelancongan anda. Mulakan perjalanan anda hari ini dan nikmati keindahan musim panas di Taiwan!