Panduan MICHELIN Taipei 2019 dilancarkan hari ini dan dalam edisi kedua Panduan Taipei ini, tiga restoran 2 bintang baru dan empat restoran 1 bintang baru ditambah kepada pemilihan.

Kemasukan yang benar-benar baru dengan 2 bintang dalam Panduan pada tahun 2019, Sushi Amamoto adalah sebuah bar sushi asli dengan hanya 12 tempat duduk di kaunter sipres solid. Chef yang mesra dan merendah diri itu mengimport ikan bermusim kebanyakannya dari Kyushu, dan sebahagian dari Tokyo, untuk digenggam pada beras sushi yang dimasak dalam air mata air semula jadi dari Nagano. Terdapat 20 hidangan dalam menu omakase harga tetap, termasuk 12 keping nigiri.

Taïrroir telah dinaikkan dari taraf 1 bintang ke 2 bintang tahun ini. Chef berbakat yang berasal dari Taiwan ini, melancarkan konsep penyajian makanan ini – mencantumkan citarasa Taiwan dan daerah – memfokuskan pada penggunaan bahan asli dan mencipta semula masakan Taiwan. Menu set mencabar pratanggapan disebabkan oleh penggunaan teknik moden untuk mencipta persembahan yang penuh kejutan serta rasa dan tekstur yang berbeza.

Juga dinaikkan dari taraf 1 bintang ke 2 bintang tahun ini adalah Raw. Pemilik-chef Andre Chiang menempah nama di Singapura dan kembali ke kampung halaman beliau untuk mempersembahkan interpretasi moden masakan Taiwannya yang kreatif, dengan sedikit pengaruh makanan jalanan Taiwan. 9 hidangan menu harga tetap itu mempamerkan daya cipta chef Chiang dalam masakan Taiwan dan pengunjung pasti menyaksikan persembahan moden dengan gabungan rasa, tekstur dan suhu yang menarik.

Selain itu, Shoun RyuGin dan The Guest House telah mengekalkan kecemerlangan 2 bintang mereka.

Mengulas tentang pemilihan Taipei 2019, Gwendal Poullennec, Pengarah Antarabangsa Panduan Michelin, berkata: ‘Pemandangan sajian makanan di Taipei berkembang dengan pantas. Pemeriksa kami bukan hanya kagum dengan standard masakan Taiwan tempatan, tetapi juga dengan pengaruh global yang diimport oleh chef tempatan yang sangat berbakat dan inovatif, yang gabungannya pasti akan menarik pencinta makanan dari seluruh dunia.’

Empat restoran 1 bintang baru yang mencipta kecemerlangan tahun ini ialah: Impromptu oleh Paul Lee, di mana chef muda ini telah menguasai kemahiran di Amerika dan kembali ke kampung halaman beliau untuk menyajikan hidangan inovatif kepada penduduk tempatan. Gabungan rasa dalam masakan beliau memiliki kepelbagaian yang baik dengan sentuhan rasa dan herba Cina yang menarik; logy dikendalikan oleh chef muda Jepun dari Hokkaido, yang mencipta umami dengan tangan mahir beliau, serta mengejutkan pengunjung dengan kombinasi rasa yang unik; Mountain and Sea House telah lama wujud dan kini dibuka semula di alamat baru yang menawarkan masakan Taiwan asli dengan rasa tradisional yang paling baik; Tainan Tan Tsu Mien Seafood menawarkan makanan laut segar yang disajikan di atas pinggan mangkuk meja gaya Eropah yang mewah. Selain makanan laut, Tainan Tan Tsu Mien tidak boleh dilepaskan.

Di samping bintang, terdapat 25 unit perniagaan Bib Gourmand baru dalam pemilihan Taipei 2019, termasuk restoran dan penjual makanan jalanan di pasar malam, setiap satunya menawarkan ‘masakan yang berkualiti dan berbaloi’, yang bermaksud hidangan tiga jenis sajian harga tetap yang tidak melebihi NT$1,000 (sekitar €36).

Panduan MICHELIN Taipei 2019 sepintas lalu:

  • Satu restoran 3 bintang
  • Lima restoran 2 bintang
  • Lapan belas restoran 1 bintang
  • 58 unit perniagaan Bib Gourmand, termasuk restoran dan penjual makanan jalanan

 

Mengenai Panduan MICHELIN

Panduan MICHELIN memilih restoran dan hotel terbaik di 32 negara dan kawasan-kawasan yang diliputinya. Dengan menyediakan pameran tempat makan gourmet di seluruh dunia, ia menonjolkan kedinamikan kulinari sesebuah negara, aliran baru serta chef-chef muda yang baru meningkat naik. Mewujudkan nilai kepada restoran melalui kecemerlangan yang dicapai setiap tahun, panduan MICHELIN menyumbang kepada prestij makanan tempatan, seterusnya menjadikan bandar dan negara lebih menarik minat pelancong.  Disokong oleh kaedah pemilihan yang teliti dan pengetahuan yang lama dalam industri keraian, panduan MICHELIN menyediakan pelanggan dengan kepakaran yang unik yang membolehkannya menawarkan kepada mereka perkhidmatan yang benar-benar berkualiti. Pemilihan-pemilihan boleh didapati dalam versi cetakan dan digital. Ia boleh diakses melalui Laman Web dan rangkaian media mudah alih yang menawarkan keupayaan navigasi yang disesuaikan dengan penggunaan individu serta perkhidmatan tempahan dalam talian. Dengan panduan MICHELIN, Kumpulan ini terus membantu berjuta-juta pelancong, membolehkan mereka merasai pengalaman mobiliti yang unik.

Mengenai Michelin

Sebagai sebuah syarikat pembuatan tayar terkemuka dunia, Michelin telah menumpukan seluruh perhatiannya untuk mempromosikan mobiliti mapan barangan dan manusia. Tayar yang dihasilkan dan dijual digunakan secara meluas untuk pelbagai jenis pengangkutan, seperti kapal terbang, kereta, basikal / motosikal, trak pembinaan, kenderaan pertanian dan trak pengangkutan, dan lain-lain. Sementara itu, Michelin menawarkan perkhidmatan mobiliti sokongan digital dengan maklumat pengembaraan melalui laman web ViaMichelin.com, dan ia juga menerbitkan panduan pelancongan, panduan hotel dan masakan, dan koleksi peta jalan. Ibu Pejabat Kumpulan Michelin terletak di Clermont-Ferrand di Perancis, dan beroperasi di 17 negara dengan 70 kilang dan bilangan kakitangan melebihi 114,000 di lebih daripada 171 negara. Michelin telah menubuhkan pusat teknologinya, dan beberapa jabatan penyelidikan dan operasi di Eropah, Amerika Utara, dan Asia. (Untuk maklumat lanjut, sila layari www.michelin.com)

Pada tahun 1972, Michelin telah dilancarkan secara rasmi di Taiwan dan berpusat di Daerah Xizhi di Bandar Raya New Taipei dengan sasaran perniagaan untuk menjual tayar Michelin yang terdiri daripada kereta penumpang, trak ringan, trak bas, trak kejuruteraan, kenderaan pertanian, basikal atau motosikal. (Untuk maklumat lanjut, sila layari www.michelin.com.tw)

PANDUAN MICHELIN TAIPEI 2019

Unit perniagaan yang berbintang – Pemilihan

Masakan yang luar biasa, pengalaman yang sangat berharga

Anugerah tertinggi kami diberikan kepada masakan terbaik chef-chef di puncak profesion mereka. Ramuan yang digunakan dapat menjadi contoh, masakan dinaikkan ke taraf bentuk seni dan hidangan mereka sering kali ditakdirkan untuk menjadi klasik.

Masakan yang lazat, lencongan yang berharga

Personaliti dan bakat chef dan pasukan mereka terbukti dalam hidangan-hidangan yang halus dan disediakan dengan penuh mahir.

Masakan yang berkualiti tinggi, persinggahan yang berharga!

Dalam kategori mereka, unit-unit perniagaan ini menggunakan ramuan yang berkualiti dan menyajikan hidangan yang disediakan dengan teliti, dengan rasa tersendiri.

Panduan Michelin Taipei 2019

Senarai makanan yang dicadangkan oleh Bibendum