Tawaran Istimewa! Kereta Api Berkelajuan Tinggi Taiwan “2 Penumpang untuk Harga 1”
Tawaran “2 Orang Penumpang untuk Harga 1 Orang bagi Penumpang Antarabangsa Kereta Api Berkelajuan Tinggi Taiwan” datang kembali! Naiki Kereta Api Berkelajuan Tinggi Taiwan (THSR) dan terokai tarikan utama Taiwan dengan selesa dan mudah! Duduk, berehat dan nikmati pemandangan indah bandar-bandar Taiwan yang indah sambil anda menuju ke destinasi anda. Dengan THSR yang menghubungkan bandar-bandar utama di bahagian Utara dan Selatan, anda boleh melawat tarikan di seluruh Taiwan tanpa sebarang masalah. Dengan perjalanan yang hanya 90 minit antara Taipei ke Zuoying (Kaohsiung), THSR benar-benar merupakan jenis pengangkutan terpantas di seluruh negara.
Pesan sekarang di KKday atau Klook untuk menikmati diskaun hebat!
1. Tempoh Promosi: Tiket mesti ditebus dan digunakan dalam masa 89 hari, bermula dari hari selepas tarikh pembelian. Bilangan tiket adalah terhad dan diskaun tersedia sementara bekalan masih ada.
2. Kelayakkan: Tawaran ini khas untuk warga asing yang melancong ke Taiwan dalam jangka masa yang pendek.
3. Dua tiket mesti dibeli bersama untuk menikmati diskaun ini dan setiap kod promosi hanya boleh digunakan untuk satu pesanan. Kod promosi terhad kepada satu bagi setiap pasport.
4. Destinasi tiket terhad kepada: Stesen Taichung, Changhua, Yunlin, Chiayi, Tainan atau Zuoying.
5. Tawaran ini terhad kepada pelancong yang bukan warganegara Taiwan dan melancong tidak kurang dari 180 hari atau kemasukan kecuali visa. Pihak THSR berhak membatalkan promosi atau menolak untuk menebus tiket sekiranya tidak memenuhi syarat.
6. Cara mendapatkan tawaran:
- Langkah 1: Sila layari laman web acara KKday atau Klook dan isikan maklumat peribadi untuk mendapat kod promosi, dan menikmati 2tiket untuk satu harga.
- Langkah 2: Selepas menempah tiket, sila pastikan untuk menempah tempat duduk dengan melayari laman web rasmi THSR (https://pass.thsrc.com.tw/oatsb2c/home.do) selepas membuat tempahan, pergi ke kaunter kereta api laju bersama kod tempahan untuk mengambil tiket. Bagi siapa yang tidak menempah terlebih dahulu tidak dapat mengambil tiket. (kaunter kereta api laju tidak menawarkan khidmat tempahan)
- Langkah 3: Setelah sampai di Taiwan, penumpang harus mebawa baucar pertukaran elektronik, passport dan dokumen kemasukan (seperti visa,setem visa percuma, permit masuk, dll.) ke kaunter kereta api laju untuk menukar tiket kepada tiket kereta api laju sehala. Untuk maklumat lanjut sila layari laman web THSR.
Taiwan High-Speed Rail (THSR): https://pass.thsrc.com.tw/oatsb2c/home.do