TW Web

Kami dengan sukacitanya bekerjasama dengan Hello1010 untuk memberikan anda Kad SIM PERCUMA 7 Hari (5GB untuk 7 hari) sebagai hadiah istimewa untuk pelancong Serba Santai (bermula sekarang hingga 31 Disember 2024)! Kini, anda boleh kekal berhubung semasa menerokai budaya yang kaya dan pemandangan yang indah Taiwan.

Dapatkan kad SIM anda hari ini dan kongsikan setiap detik pengembaraan anda dengan mudah!

Cara Menebus SIM Kad PERCUMA Anda:
Langkah 1: E-melkan jadual perjalanan penerbangan pergi-balik ke Taiwan dan bukti penginapan sah sekurang-kurangnya satu malam (layari taiwanstay.net.tw) ke tourism@taiwan.net.my dengan tajuk e-mel: “Penebusan SIM Taiwan – Tarikh Berlepas”. Sila ambil maklum bahawa setiap nombor rujukan tempahan sah untuk satu penebusan sahaja.
Langkah 2: Selepas dokumen anda disahkan, anda akan menerima kod kupon yang boleh digunakan untuk menebus sama ada kad SIM fizikal atau eSIM.
Langkah 3: Layari laman web Hello1010 serta masukkan butiran dan kod kupon yang diberikan. Untuk kad SIM fizikal, caj penghantaran serata Malaysia sebanyak RM6 akan dikenakan. Untuk eSIM, kod QR penebusan akan dihantar kepada anda melalui e-mel.

Laman web Hello1010: https://hello1010.my/pages/taiwan-tourism-malaysia-promotion

Pejabat Hello1010: J-2-10, Jalan PJU 1A/20B, Dataran Ara Damansara, 47301 Petaling Jaya, Selangor.

*Stok terhad! Tertakluk pada terma dan syarat.*

Terma dan Syarat:

  1. Sah untuk penerbangan yang berlepas dari Malaysia sahaja.
  2. Kad SIM diedarkan berdasarkan prinsip siapa dulu dia dapat, tidak boleh dipulangkan, dan tidak boleh dijual.
  3. Anda boleh memilih sama ada kad SIM fizikal atau eSIM. Penebusan tidak boleh ditukar selepas pilihan dibuat.
  4. Setiap kod kupon hanya sah untuk satu SIM sahaja.
  5. Untuk penghantaran kad SIM fizikal, caj tetap RM6 dikenakan untuk penghantaran di Malaysia (satu kod bagi setiap pesanan). Jika anda mempunyai beberapa kod, anda boleh memilih “pengambilan sendiri” di pejabat Hello1010 atau hubungi mereka melalui WhatsApp bernombor +60133991010 untuk mengatur penghantaran beberapa penebusan ke satu alamat yang sama.
  6. Taiwan Tourism MY tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau kehilangan semasa penghantaran.
  7. Jika anda membuat beberapa tempahan dengan satu nombor rujukan tempahan yang sama, sila hantar satu permohonan sahaja.