Disebabkan penularan wabak Novel Coronavirus (2019-nCov) di Wuhan, China yang telah banyak mempengaruhi aktiviti pelancongan di seluruh rantau Asia, kerajaan Taiwan kini telah menubuhkan Pusat Kawalan Wabak (CECC). Pusat ini bertujuan meningkatkan pencegahan komprehensif tentang penyebaran Coronavirus di Taiwan.
Pusat kawalan menyatakan bahawa hospital dan unit kesihatan tempatan telah mengikuti prosedur untuk melaporkan kes-kes pneumonia berjangkit khas yang teruk, pemeriksaan, rawatan kuarantin, penyiasatan wabak, dan menjejak orang yang mungkin berhubung dengan pesakit dalam tempoh 14 hari.
Kerajaan Taiwan telah mengambil langkah-langkah berikut untuk mencegah penyebaran Novel Coronavirus:
1. Taiwan telah menghentikan sepenuhnya pengeluaran permit kemasukan bagi pelancong dari China yang individu mahupun kumpulan.
2. Mulai 7 Februari 2020, warga asing yang telah melawat atau tinggal di mana-mana tempat di China, termasuk Hong Kong dan Macau dalam tempoh 14 hari yang lalu, akan dihalang sementara untuk memasuki Taiwan.
3. Pelancong transit yang melalui China, Hong Kong dan Macau dibenarkan untuk memasuki Taiwan dan dikehendaki menjalankan kuarantin di rumah selama 14 hari mulai 10 Februari 2020.
4. Tanpa mengira kewarganegaraan atau destinasi pelancongan, semua pelancong yang memasuki Taiwan dikehendaki untuk menyerahkan pengisytiharan kesihatan semasa mereka tiba di Taiwan. Pengisytiharan kesihatan meminta para pelancong menyatakan sama ada mempunyai simptom Novel Coronavirus, serta sama ada mereka pernah pergi ke China, Hong Kong dan Macau dalam 14 hari sebelum memasuki Taiwan.
5. Kerajaan Taiwan secara berterusan mengingatkan masyarakat tentang kepentingan mencuci tangan dan langkah-langkah penting yang perlu diambil untuk perlindungan kesihatan yang lebih baik. Misalnya, memakai topeng terutamanya di tempat-tempat yang ada banyak orang.
Kewaspadaan dan tindak balas segera kerajaan Taiwan serta rakyat Taiwan telah nyata sekali meningkatkan keselamatan dan perlindungan Taiwan daripada wabak ini.
Perkhidmatan kesihatan awam dan perubatan Taiwan adalah lengkap dan disediakan dengan baik. Tarikan pelancongan dan destinasi juga dijamin selamat untuk semua orang. Oleh itu, pelancong dari seluruh dunia sentiasa dialu-alukan. Sebagai langkah penjagaan keselamatan serta untuk memastikan semua orang dapat menikmati pengalaman pelancongan yang seronok di sekitar Taiwan tanpa rasa takut dijangkiti Novel Coronavirus, para pelancong diingatkan untuk memberikan perhatian terhadap kesihatan diri sebelum melancong.
Status situasi terkini akan sentiasa dikemas kini. Sila layari laman web Taiwan Centers for Disease Control’s (https://www.cdc.gov.tw/En) dan laman Facebook (https://www.facebook.com/mohw.gov.tw/). Perkongsian kedua-dua laman tersebut dengan rakan-rakan anda yang merancang untuk melawat Taiwan amat dialu-alukan.