STARLUX Airlines mengumumkan destinasi baharunya, Kuala Lumpur akan diadakan mulai 5 Januari 2021. STARLUX pada awalnya akan menawarkan dua penerbangan setiap minggu dan bakal menyelaraskan jadualnya dari sebulan ke sebulan untuk memenuhi permintaan pasaran pelancongan yang semakin pulih, dengan menyediakan perkhidmatan yang selamat dan boleh dipercayai kepada para penumpang yang berulang-alik atas urusan kerja dan pelajaran. Tempahan untuk penerbangan ke Kuala Lumpur akan dibuka pada 27 November.


STARLUX menyatakan secara lebih lanjut bahawa penerbangan laluan Taoyuan – Pulau Pinang dua kali seminggu tetap beroperasi. Sehubungan dengan itu, STARLUX memutuskan untuk memperluas perkhidmatannya ke Malaysia dengan menambahkan penerbangan ke Kuala Lumpur, salah sebuah bandar peneraju di Asia Tenggara. STARLUX akan menerbangkan pesawat A321neo yang canggih untuk laluan baharu dan waktu penerbangan juga sesuai dengan keperluan individu yang melancong atas urusan kerja. Jadual penerbangan untuk laluan baharu tersebut adalah seperti berikut.

Laluan Tarikh Pelancaran Jadual Mingguan Waktu Penerbangan Keluar Waktu Penerbangan Masuk
Taoyuan – Kuala Lumpur (TPE–KUL) 2021/1/5 –T–F- 10:15–15:15 16:15–21:05


STARLUX’s A321neo mempunyai 188 tempat duduk, termasuk 8 tempat duduk kelas perniagaan dan 180 tempat duduk kelas ekonomi. Setiap tempat duduk kelas perniagaan boleh diratakan sepenuhnya menjadi katil 82 inci. Setiap tempat duduk kelas ekonomi pula dilengkapi sistem hiburan peribadi. Bahagian dalaman kabin direka oleh BMW Group Designworks dengan menampilkan warna semula jadi dan hangat untuk membentuk suasana “Rumah di Angkasa”. Bagi penerbangan yang berlepas dari Taoyuan, makanan kelas perniagaan disediakan khas oleh “Longtail”, restoran Taiwan bertaraf Michelin sementara kelas ekonomi menyajikan menu yang dihasilkan oleh “Hutong”, restoran daging panggang ala-Jepun yang terkenal di Taiwan. STARLUX berbangga atas sikap mementingkan layaran dan perkhidmatan dalam semua penerbangan STARLUX. Walaupun kini terdapat cabaran yang dihadapi oleh industri penerbangan, namun kebanyakan perkhidmatannya tetap tersedia, membolehkan syarikat penerbangan tersebut terus menawarkan penerbangan yang paling menyenangkan sepanjang tempoh sukar ini.


Untuk maklumat penerbangan lanjut

>>> https://bit.ly/STARLUXKULTPE