Pesta Tanglung Taiwan telah dipertingkatkan pada tahun 2020.
Pesta tahun ini menggabungkan seni lukis dan pertukangan, tradisional dan novatif, dan meningkatkan interaksi dengan dunia, serta mencipta pesta lampu pada landskap tempatan.
Biro Pelancongan Kementerian Pengangkutan dan Komunikasi melancarkan “Pesta Tanglung Taiwan” pada tahun 1990 dan memasuki tahun ke-31 tahun ini. Selepas inovasi berterusan, pesta ini menjadi acara perayaan yang paling penting di Taiwan dan telah dinilai sebagai “acara perayaan terbaik di dunia” oleh media antarabangsa. Pesta ini juga dipuji sebagai “Disneyland tanpa roller coaster.” Pesta Tanglung Taiwan dilancarkan berdasarkan budaya tradisional. Tanglung dibuat dengan mengekalkan tema dongeng rakyat dan dinyalakan mengikut adat istiadat tradisional. Tradisi reka bentuk tanglung utama pada masa lalu yang bertemakan zodiak Cina telah diubah untuk dua tahun yang berturut-turut. Tahun ini, tanglung utama direka dengan tema pelancongan yang mencerminkan keunikan kawasan tempatan. Idea ini bertujuan untuk meningkatkan pelancongan di bandar-bandar dan daerah-daerah yang menjadi tuan rumah perayaan ini. Perancangan inovatif yang maju dengan peredaran masa disertakan estetika reka bentuk dan cahaya yang menggabungkan tradisi dan inovasi serta mewujudkan interaksi artistik. Pesta Tanglung Taiwan telah dinaik taraf kepada Pesta Tanglung 2.0 dengan mempunyai darjah penglihatan yang lebih tinggi, daya hidup dan unsur asli yang lebih banyak, sementara memupuk interaksi yang lebih baik antara Taiwan dengan para pengunjung dari seluruh pelosok dunia.
Tahun ini, Pesta Tanglung Taiwan diadakan di tapak asal Taman Hutan Flora Ekspo Dunia Taichung yang dipilih oleh Kerajaan Bandar Taichung. Biro Pelancongan Kementerian Pengangkutan dan Komunikasi telah melancarkan lebih banyak idea kreatif untuk mementingkan konsep kelestarian ekologi Pesta Tanglung Taiwan. Tanglung utama terletak di Taman Hutan Houli dan termasuk tanda tempat asal. Para pengunjung boleh menikmati bunga dan reintegrasi teknologi dan inovasi. Kami juga telah menaik taraf peralatan dan kesan lampu malam supaya seni pemasangan sekali lagi ditunjukkan dalam gaya baru. Pada masa yang sama, kami membuat perancangan untuk mengekalkan tanglung utama serta tanglung-tanglung lain, termasuk “Rahmat Bumi” yang dipamerkan di situ selepas Pesta Tanglung. Jadi, faedah perayaan dapat dipanjangkan. Kami berharap, pencapaian baru dapat dicapai dalam kelestarian ekologi Pesta Tanglung Taiwan.
Pesta Tanglung tahun ini mengamalkan konsep reka bentuk “satu bunga memekar dengan lima daun”. Ekspo bunga umpama “benih” yang tumbuh menjadi Tanglung Utama, iaitu “Penjaga Hutan – Pohon Cahaya” yang direka oleh seniman Lin Shun-long. Selain tanglung utama, terdapat lima kawasan tanglung yang mengandungi ciri-ciri tersendiri, termasuklah “Kawasan Pertunjukan Tanglung dan Pameran Teknologi – Pulau Lestari”, “Kawasan Tanglung Inovasi Artistik – Wonderland”, “Kawasan Tanglung Bahagia – Huanshulin (Hutan Tikus Bahagia)”, “Kawasan Tanglung Tradisional – Bandar Chuanyi (Seni Tradisional)” dan “Kawasan Tanglung Persahabatan Antarabangsa – Lembah Youyang”. Banyak seniman tempatan dan pereka bentuk telah dijemput untuk bersama-sama membentuk Pesta Tanglung sebagai hutan fantasi. Kerajaan Taichung juga menubuhkan kawasan sub-pameran Taman Hutan Wenxin yang khususnya menarik perhatian kanak-kanak dan sifat kekanak-kanakan dalam diri kita serta Taman Penternakan Kuda Houli yang bertema fauna. Kami percaya bahawa orang ramai dapat menikamati Pesta Tanglung yang berbeza pada tahun ini.
Satu lagi fokus Pesta Tanglung ialah program hiburan hebat yang dipersembahkan oleh pasukan tempatan dan asing setiap tahun. Tahun ini, kami telah menjemput Pertunjukan Drum Badut SPARK dari United Kingdom!, Teater Tarian Kuda Putih Bercahaya dari Perancis dan tiga kumpulan penghibur YOSAKOI Jepun yang telah menyokong Pesta Tanglung Taiwan bertahun-tahun. Pesta Tanglung ini telah memberikan persembahan hebat pada hari pembukaannya – apabila tanglung dinyalakan untuk kegembiraan semua orang.
Kawasan utama Pesta Tanglung terletak di dalam Taman Hutan yang bersebelahan dengan Stesen Tren Houli. Sila ambil tren ke pesta ini. Anda boleh menukar tren di Stesen Kereta Api Laju Tinggi Miaoli atau Stesen Taichung ke kereta api biasa untuk sampai ke Stesen Kereta Api Houli. Anda akan sampai dalam 30 minute. Baru-baru ini, disebabkan oleh wabak Coronavirus Wuhan, sesetengah orang mungkin bimbang. Kami menasihati para pengunjung untuk mengambil langkah berjaga-jaga supaya dapat menikmati tanglung-tanglung dengan senang hati. Stesen perkhidmatan pesta juga bersedia untuk melayani anda. Kami percaya, dengan menghayati tanglung sambil berdoa, kita semua dapat menghargai kerjasama sesama semua orang dan mengharungi masa sukar ini bersama-sama. Sebagai destinasi pelancongan penting di Asia, Taiwan akan terus mempromosikan keseimbangan serantau dan pembangunan tempatan melalui pelancongan untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara. Pada tahun 2020, ke arah tahun 2025, dan seterusnya ke arah tahun 2030, kami bermatlamat untuk mencipta nilai pengeluaran yang sebanyak trilion dolar Taiwan, mengumpul kekuatan negara untuk membina pelancongan, serta menyusun semula peranan pembangunan pelancongan dalam pelan tindakan untuk menjadikan pembangunan pelancongan Taiwan lebih bertenaga dan biarkan dunia melihat Taiwan.