Dalam usaha menyokong arah aliran sedunia pelancongan lestari, Biro Pelancongan Kementerian Pengangkutan dan Komunikasi mempromosikan “Pelancongan 2020-Program Pembangunan Pelancongan Lestari Taiwan” dan menetapkan tema-tema utama bagi setiap tahun dari tahun 2017 hingga 2020. Antaranya adalah tahun 2018 telah diisytiharkan sebagai Tahun Pelancongan Teluk. Enam pekan serta bandar dan pembandaran, dan 10 pulau dengan sumber pulau telah diisytiharkan sebagai tapak rintis. Antara yang diisytiharkan adalah tiga pulau di kepulauan Penghu Taiwan: Qimei, Yuweng dan Jibe. Matlamat program ini adalah untuk menggalakkan pelancong menjelajah 10 pulau utama Taiwan, membangunkan ekopelancongan pulau, serta menyebarkan apresiasi dan kesedaran di kalangan penduduk tempatan dan pelancong tentang betapa pentingnya melindungi ekologi marin.
Adalah menjadi harapan kami supaya penekanan terhadap pembangunan lestari sumber-sumber pelancongan akan meningkat, imej pelancongan teluk akan berkembang, dan pasaran ini akan matang. Kami berharap ini akan mengukuhkan promosi pelancongan di Taiwan selatan (pelancongan serantau), memberikan nafas baru kepada pelan pembangunan pelancongan negara dan menyebarkan kesedaran tentang aktiviti ekologi yang bersih di teluk-teluk di Penghu.
Biro Pelancongan Kementerian Pengangkutan dan Komunikasi Taiwan, bersama-sama dengan Kerajaan Wilayah Penghu mengadakan sidang akhbar ini. Persidangan ini dimulakan dengan drama aksi sisa laut untuk membangkitkan kesedaran orang ramai terhadap masalah pencemaran marin. Menteri Pengangkutan dan Komunikasi Encik Ho Chen Tan dan lain-lain telah mengetuai kakitangan untuk mengambil bahagian dalam deklarasi untuk mempromosi pembangunan lestari pelancongan teluk.
Ketua Pengarah Biro Pelancongan Joe Y. Chou berkata, pemasaran keseluruhan bagi Tahun Pelancongan Teluk 2018 akan berpandukan tiga tema utama: “Good Seasonal Events Highlights” (sudut aktiviti), “Wonderful Tour GO Experience” (sudut produk) dan “Continuous Promotions” (sudut promosi). Melalui usaha-usaha seperti mewujudkan inventori sumber-sumber pelancongan, mengintegrasikan industri-industri tempatan, pembungkusan produk pelancongan, membangunkan produk persisian, pemasaran domestik dan luar negara, dan membangunkan pasaran sumber, kami berharap dapat merangsang pembangunan seluruh industri, mewujudkan topik pelancongan yang menarik, dan menggalakkan penyertaan pelancong, sekaligus memperkasakan lagi pembangunan industri pelancongan secara keseluruhan. Kempen ini menekankan konsep-konsep utama pelancongan teluk, seperti “Pembelaan Pendidikan, Pemuliharaan Sumber, Pengalaman yang Mendalam, dan Pewarisan Pengalaman.” Ia menggabungkan sumber-sumber pelbagai pentadbiran kawasan pemandangan indah nasional dan tempatan bagi memperbaiki persekitaran pelancongan di teluk, meningkatkan kualiti kemudahan dan perkhidmatan perisian dan perkakasan, serta memperkaya imej pelancongan teluk. Diharapkan tahun ini akan terciptalah pelancongan teluk yang mengujakan sepanjang tahun, dan kami berharap agar kami dapat menggabungkan kekuatan industri pelancongan untuk mencipta kemakmuran ekonomi tempatan.
Pada tahun 2018, Penghu akan menjadi tuan rumah satu acara utama – mesyuarat agung tahunan ke-14 Teluk Paling Cantik dalam Kelab Dunia. Kerajaan Wilayah Penghu baru-baru ini telah mengetuai delegasi untuk menghadiri mesyuarat Teluk Paling Cantik dalam Kelab Dunia pada 17 April bertempat di Vannes, di rantau Brittany, Perancis. Mesyuarat tersebut meraikan ulang tahunnya yang ke-20 dan mesyuarat agung tahunan Kelab yang ke-13. Pada masa yang sama, delegasi telah mempromosikan pelancongan Teluk Penghu. Biro Pelancongan Kementerian Pengangkutan dan Komunikasi bekerjasama dengan Kerajaan Wilayah Penghu menerusi Tahun Pelancongan Teluk untuk mengembangkan lagi pelancongan ke pasaran Eropah bagi mempromosikan pelancongan di Taiwan. Menteri Ho Chen dan Jawatankuasa Pengangkutan Legislatif Yuan menyatakan sokongan padu kepada Kerajaan Wilayah Penghu atas penganjuran karnival Teluk Paling Cantik di Dunia dari bulan September hingga Oktober, persidangan tahunan sedunia kelab Teluk Paling Cantik di Dunia, Ekspo Teluk dan Pekan Pelabuhan Global, Forum Antarabangsa Persekitaran Marin dan Perubahan Iklim, Forum Pekan Raya Global dan pelbagai aktiviti lain. Sekurang-kurangnya 38 ahli teluk dan 40 pekan akan mengambil bahagian dalam acara-acara ini. Adalah dijangkakan bahawa jumlah pelancong akan meningkat sebanyak 30,000 dan acara tersebut akan mengharumkan lagi Tahun Pelancongan Teluk 2018.
Pengarah Fang dari Pentadbiran Kawasan Pemandangan Indah Nasional Penghu berkata, Wilayah Penghu kaya dengan landskap ekologi dan budaya, kebudayaan marin dan sumber landskap semula jadi yang istimewa. Beliau menambah bahawa pemeliharaan persekitaran dan ekologi marin telah menjadi isu yang sangat penting. Demi melaksanakan konsep mengutamakan alam sekitar, Pentadbiran ini telah mewujudkan persekitaran pelancongan yang berkualiti yang menumpukan pada “tempat pelancongan yang baru dan segar” dan “pinggir pantai yang bersih”. Setiap tahun, ia akan terus membersihkan persekitaran pantai berhampiran daya tarikan pelancong menggunakan perkongsian awam-persendirian.
Dalam usaha menangani masalah pencemaran sampah marin, Kerajaan Wilayah Penghu akan memberi tumpuan kepada empat aspek iaitu pantai yang bersih, laut yang bersih, pengurangan sumber dan pendidikan alam sekitar agar selaras dengan tema-tema utama persidangan teluk tahunan: “ekologi dan persekitaran marin, dan pembangunan ekonomi tempatan dan pelancongan lestari”. Berdasarkan empat aspek tumpuan ini, Pentadbiran akan melaksanakan pendidikan alam sekitar dan aktif mempromosikan pengurangan sampah marin. Ia juga akan merayu kepada orang ramai supaya mengurangkan penggunaan plastik. Usaha-usaha berkaitan termasuklah mengambil bahagian secara aktif dalam aktiviti pembersihan pantai dan kerja perlindungan alam sekitar, mengelakkan penggunaan produk plastik pakai buang serta mengelakkan pembelian atau penggunaan plastik. Penduduk tempatan dan pelancong akan digalakkan untuk mengurangkan penggunaan produk zarahan, dan produk yang terlebih dibungkus. Apabila mereka mengambil bahagian dalam aktiviti marin atau aktiviti rekreasi, mereka akan digalakkan untuk melupuskan sisa dengan betul. Diharapkan ini akan membantu kita mengikuti arah aliran sedunia dengan lebih pantas. Oleh itu, kami menyeru orang ramai untuk mengambil bahagian dalam amalan ini. Kami juga mengalu-alukan kedatangan acara Teluk Paling Indah di Dunia 2018 dan semoga pembukaan di Penghu berlangsung dengan jayanya.