Pada 14 Julai, MasterCard dan Crescent Rating telah menerbitkan Indeks Pelancongan Muslim Global (Global Muslim Tourism Index atau GMTI) 2021. Taiwan menduduki tempat kedua dalam kategori destinasi bukan-OKI (Organisasi Kerjasama Islam), di kedudukan yang sama dengan United Kingdom selepas Singapura. Berbanding dengan tempat ketiga pada tahun 2019, Taiwan sekali lagi memecahkan rekod baharu ketika melampaui negara jirannya dan memberikan semangat kepada sektor pelancongan yang terjejas oleh pandemik Covid-19.
Taiwan pertama kali menduduki tempat ke-10 dalam Indeks Pelancongan Muslim Global 2016. Namun, seiring dengan perkembangan dari tahun ke tahun, Taiwan menduduki tempat ketiga pada tahun 2019 dan meningkat ke tempat kedua pada tahun ini. Pencapaian tahun-tahun lepas menunjukkan pembentukan persekitaran yang mesra Muslim tidak mudah. Pengarah Biro Pelancongan Taiwan, Chang Shi-Chung mengatakan bahawa promosi berterusan untuk persekitaran mesra Muslim bukan sahaja menyokong industri pelancongan semasa pandemik, tetapi juga bersiap sedia untuk pertumbuhan pada era pasca-pandemik. Industri-industri pelancongan yang tidak berkaitan dengan kerajaan dialu-alukan untuk menyertai pemasaran antarabangsa dan mewujudkan pelancongan mesra Muslim yang komprehensif.