MATTA FAIR 2018 telahpun sampai ke penghujungnya pada 18 Mac 2018 yang lalu. Ramai sekali penggemar aktiviti melancong tertarik dengan pameran ini dan hadir memeriahkan suasana. Biro Pelancongan Taiwan telah bekerjasama dengan agensi-agensi pelancongan di Malaysia untuk sama-sama memperkenalkan pelbagai produk dan perkhidmatan pelancongan yang sangat menarik dan berkualiti, sambil memberikan pelbagai hadiah kepada mereka yang membeli produk di tapak pameran. Selain mempersembahkan beraneka jenis makanan istimewa dan budaya Taiwan yang unik kepada hadirin Malaysia, berbagai-bagai aktiviti yang diadakan di Taiwan Hall telah berjaya menarik perhatian ramai pengunjung. Ini sekaligus memberi peluang kepada pengunjung untuk mengenali Taiwan dengan lebih dekat.
Delegasi Taiwan yang terdiri daripada 71 ahli dari 46 buah organisasi dan kumpulan persembahan termasuk kumpulan pelancongan rakyat, industri pelancongan, industri perhotelan, industri taman hiburan, industri ladang mewah dan industri cenderamata turun ke Kuala Lumpur untuk menghadiri pameran ini. Semasa pameran berlangsung, Duta Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taipei di Malaysia, Encik Zhang Jiping telah membuat satu lawatan khas untuk bertemu dengan ahli-ahli delegasi di Taiwan Hall. Beliau amat menghargai persembahan Rombongan Tarian Lanyang dan Rombongan Teater Kebangsaan (dan lain-lain) serta berharap setiap delegasi mengambil peluang sebaik-baiknya melalui pameran ini untuk menunjukkan keindahan Taiwan kepada penduduk di Malaysia.
Tahun 2018 adalah Tahun Pelancongan Teluk Taiwan. Justeru, Taiwan Hall menonjolkan pelancongan berbilang unsur pulau-pulau luar pesisirnya, teluk dan banyak lagi, untuk menarik lebih ramai rakyat Malaysia melancong ke Taiwan dan merasai sendiri pengalaman pelancongan teluk yang unik di sana. Selain itu, populasi yang besar penduduk beragama Islam di Malaysia memberi peluang kepada Taiwan untuk mempromosikan produk pelancongannya secara aktif. Selain daripada menonjolkan masjid yang besar, Taiwan Hall juga mengundang wakil-wakil dari Persatuan Islam China untuk turut serta merasai suasana pelancongan yang mesra di Taiwan di mana 148 buah restoran dan hotel telahpun diiktiraf dengan Pensijilan Halal. Dengan ini, pelancong yang beragama Islam akan merasa seperti berada di tanah air sendiri.
Lukisan pemasangan besar imej ban kukus di Taiwan Hall telah menarik perhatian para pengunjung. Alat penyokong snek tradisional juga didirikan di tapak pameran di mana ia menawarkan makanan gaya Taiwan seperti bihun ikan kering kecil yang pedas, kacang merah dengan ais susu dan gelatin markisah sayur dan banyak lagi, dan telah menarik ramai pengunjung untuk beratur bagi merasai keenakan juadah Taiwan. Di samping itu, disebabkan Taiwan mempunyai bunga yang berbeza-beza sepanjang tahun, bunga matahari segar telah digantung bersama bunga daylily oren dari wilayah Hualien-Taitung bagi mempromosikan bunga-bunga empat musim di Taiwan. Ini juga merupakan kempen awal Ekspo Bunga Antarabangsa yang bakal diadakan di Taichung hujung tahun ini.
Biro Pelancongan Taiwan menjadi tuan rumah dua persidangan promosi produk pelancongan Taiwan untuk pelancong beragama Islam dan pelancong Cina di Kuala Lumpur pada 9 Mac bagi memperkenalkan lebih banyak produk pelancongan kreatif. Encik Jiping, Duta Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taipei di Malaysia, turut hadir dan beramah mesra dengan agensi-agensi pelancongan dari kedua-dua negara. Beliau berharap agar agensi pelancongan di Taiwan dan Malaysia dapat merapatkan lagi hubungan mereka dan memberikan maklumat terkini pelancongan Taiwan supaya agensi boleh mempromosikan jadual perjalanan berbilang unsur Taiwan secara berterusan, dan menarik lebih ramai pelancong Malaysia untuk melancong ke Taiwan pada tahun berkenaan.
Pejabat Biro Pelancongan Taiwan Kuala Lumpur melaporkan, snek yang dijual di pasar malam Taiwan amat digemari oleh pelancong Malaysia. Walau bagaimanapun, hidangan masakan Taiwan bukanlah sekadar snek. Buku Panduan Restoran Michelin terbaru versi Taiwan, misalnya, telah mengesyorkan 20 restoran bertaraf bintang Michelin, bermakna gourmet Taiwan telah mendapat sanjungan antarabangsa atas kecemerlangannya. 36 restoran harga patut yang lain turut termasuk dalam senarai Bid Gourmand. Pelancong yang kaki makan bolehlah berulang kali berkunjung ke semua restoran yang disyorkan!
Pejabat Biro Pelancongan Kuala Lumpur juga memaklumkan bahawa sekarang adalah musim bunga Alocasia di Gunung Yang-Ming, dan akan diikuti dengan musim bunga yang diberi nama “Snow in May” bunga Hakka tung dan dalylily di wilayah Hualien-Taitung. Para pelancong dialu-alukan untuk melawat spot bunga Hakka tung yang indah di kawasan Tao Yum, Hsing Chu dan Miaoli serta dayliliy oren di wilayah Hualien-Taitung. Pada masa hadapan, kami akan terus mengiklankan maklumat pelancongan terkini di Taiwan dan mempromosikan produk pelancongan baru kami dengan kerjasama agensi-agensi pelancongan di Malaysia. Ini membolehkan pelancong Malaysia mengenali dan merasai pengalaman Taiwan Baru.
Galeri foto
Duta Encik Zhang Jiping hadir memberi sokongan kepada ahli delegasi di Taiwan Hall MATTA FAIR.
Duta Encik Zhang Jiping menghadiri persidangan promosi produk pelancongan Taiwan pada 19 Mac dan mengajukan minum ucap selamat bersama tetamu.
Lukisan pemasangan besar ban kukus di Taiwan Hall telah menarik perhatian para pengunjung.