Segala pembelian pakej kumpulan pelancongan Taiwan dengan agensi pelancongan atau pelancong serba santai, anda berlayak menebus satu baucar MRT sehala ke Lapangan Terbang Taoyuan. Sehingga penghabisan stok! Tertakluk pada terma dan syarat.

*Promosi dilancarkan setiap musim.

Baucar ini boleh ditukar dengan satu tiket sehala ke mana-mana destinasi di laluan MRT Lapangan Terbang Taoyuan.

Syarat bagi Penebusan Hadiah

  • Syarat penebusan: Pengesahan minimum 2 malam penginapan yang disahkan dan salinan E-tiket untuk perjalanan pergi balik. (Sila layari http://taiwanstay.net.tw/ untuk menyemak kesahan)
  • Anda perlu membawa dokumen sokongan dan datang ke pejabat kami untuk tujuan penebusan atau menghantar satu sampul surat berukuran saiz A4 dengan setem yang berharga RM4 (kurang daripada 5 orang) dan lampirkan bersama dokumen pengesahan. Kami akan membalas anda secepat mungkin.
  • Untuk sesiapa yang menggunakan perkhidmatan pos, sila berikan nombor telefon anda, serta isikan nama dan alamat pada sampul surat yang dikembalikan. TTB tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau kehilangan yang berlaku semasa penghantaran barangan tersebut.
  • Hanya pos biasa, tidak boleh menggunakan Pos Ekspres atau Pos Laju.
  • Bagi sesiapa yang bertolak dari Singapura ke Taiwan, sila pergi ke pejabat Singapura untuk membuat penebusan.