Pada Julai 2024, selepas 15 tahun pembinaan semula, Kereta Api Hutan Alishan kembali beroperasi dengan memperkenalkan Formosensis, sebuah kereta api kayu cemara yang memberikan makna baharu kepada perjalanan premium. Dikenali sebagai “galeri seni bergerak”, kereta api ini menggabungkan warisan, keselesaan dan seni untuk pengalaman perjalanan yang tidak dapat dilupakan melalui lanskap Alishan yang menakjubkan.

Formosensis ialah kereta api mewah dengan lima buah gerabak yang menawarkan pengalaman eksklusif kepada hanya 17 hingga 18 orang penumpang setiap gerabak. Bahagian luarnya yang anggun dengan warna hitam dan aksen merah melengkapi tingkap panorama yang memaparkan keindahan Alishan. Di dalamnya, kereta api ini dihiasi dengan kayu cemara merah dan hinoki yang elegan, dekorasi vintaj, tempat duduk kulit ergonomik serta tandas bertaraf penerbangan. Sebagai kereta api pertama di Taiwan yang memaparkan seni digital, Formosensis menampilkan karya Chen Cheng-po (陳澄波)dan menyediakan gerabak galeri khas untuk pengalaman seni yang mengasyikkan.

Untuk memperkaya penglaman perjalanan ini, Lion Travel menawarkan empat perjalanan bertema unik, menggabungkan unsur alam semula jadi, seni, muzik dan hidangan lazat untuk menjadi pengalaman deria yang tidak dapat dilupakan.

  • Menikmati Gourmet di Hutan(森好食)

Di antara Beimen dan Shizilu, para penumpang dapat menikmati bento gourmet daripada Hotel Indigo Alishan yang menampilkan ramuan bermusim, kudapan buatan tangan, serta teh, kopi dan jeli aiyu tempatan.

  • Terapi di Hutan(森林癒)

Dalam perjalanan dari Shizilu ke Zhushan dan Alishan, para penumpang dapat merasai pengalaman mendalam bersama alam, menyentuh kulit pokok, menghirup udara segar, dan mendengar bunyi hutan yang menenangkan.

  • Muzik di Hutan(好森音)

Di antara Alishan dan Fenqihu, para penumpang dapat menikmati persembahan muzik secara langsung oleh artis tempatan bersama dengan bunyi semula jadi hutan untuk pengalaman yang unik.

  • Merasai Teh di Hutan(森品茗)

Dalam perjalanan dari Fenqihu ke Beimen, para penumpang berpeluang menikmati teh premium Alishan sambil menerokai budaya teh di Taiwan.

Dengan empat kali perjalanan setiap hari, Formosensis bukan sahaja sebuah kereta api tetapi pengalaman mewah yang dirancang dengan menggabungkan unsur sejarah, alam dan budaya. Sama ada anda mencari ketenangan, hidangan lazat atau penghayatan budaya, kereta api ini menawarkan cara yang unik dan tidak dapat anda lupakan untuk menerokai salah satu destinasi paling anda sukai di Taiwan.

Naiki Formosensis dan alami keindahan Alishan dengan cara yang tidak pernah anda rasai sebelum ini!

Untuk maklumat lanjut, sila lawat Lion Travel: https://event.liontravel.com/zh-tw/railtour/forest-railway/formosensis

*Peringatan: Bagi vegetarian atau mereka yang mencari pilihan makanan mesra Muslim, sila pastikan pilihan makanan tersedia terlebih dahulu.