Tanglung Phoenix Terbang akan menerangi Kaohsiung pada festival tanglung Taiwan 2022
Jalan-jalan dan langit malam di Kaohsiung akan dimandikan dalam cahaya ketika Festival Tanglung Taiwan 2022 berlangsung. Tempat perayaan tahun ini akan diadakan di dua kawasan, yakni Sungai Cinta (termasuk Pusat Muzik Kaohsiung) dan Pusat Seni Kaohsiung Kebangsaan (Weiwuying). Perayaan besar tanglung berwarna-warni ini menggunakan teknologi terkini untuk mempersembahkan pertunjukan di tanah, air dan langit.
Perayaan tersebut akan berlangsung selama 28 hari mulai 1 Februari 2022. Untuk kali pertama, perayaan ini akan menyediakan model kerjasama antara artis yang menggunakan kaedah pembuatan tanglung tradisional yang telah lama diwarisi dan artis canggih dari seluruh dunia. Dengan menggabungkan kreativiti dan inovasi, tradisi dan kemodenan boleh disepadukan untuk mempelbagaikan perayaan rakyat ini, menjadikan Festival Tanglung Taiwan unik dalam kalangan masyarakat orang Cina di seluruh pelosok dunia.
Masa: 1-28 Februari 2022
Pertunjukan Tanglung Tempatan: Teluk Sungai Cinta dan Kawasan Pameran Weiwuying
Pertunjukan Tanglung Utama: Kawasan Pameran Weiwuying (15-28 Feb 2022)
Laman web: https://tw-light.tw/
Pautan video YouTube: https://youtu.be/ZqfSOkPDOiI