Pengenalan
Tasik Sun Moon NSA merupakan tasik air tawar negara yang terbesar, dikelilingi oleh gunung-ganang yang dilitupi oleh hutan hujan tanah tinggi. Ikuti laluan ini dari Taichung ke tengah-tengah Taiwan, dengan hentian di Taman Arca New Era Art, Kubah Kertas, dan Tasik Sun Moon.
1. Resort dan Spa New Era Art
Kompleks besar ini mempunyai arca, lukisan dan hasil seni sulaman yang dicipta oleh seniman rakyat terkenal Lin Yuan di samping satu villa BandB, restoran, pusat spa, dan kawasan permainan kanak-kanak. Satu destinasi hebat untuk keseronokan keluarga yang holistik.
Mesti-lihat: Hasil seni ukiran
Masa: 40 min (anggaran)
2. Kubah Kertas
Kubah Kertas di Kampung-Eko Tao-Mi adalah satu struktur kadboard yang dibina oleh arkitek Jepun Shigeru Ban tidak lama selepas Gempa Bumi Kobe tahun 1995. Ia telah diderma dan dipindahkan ke Taiwan pada tahun 2005.
Mesti-lihat: Struktur arkitektur
Masa: 30 min (anggaran)
3. Bandar Yuchi
Bandar Yuchi adalah tapak kepada tarikan seperti Kawasan Pemandangan Indah Kebangsaan Tasik Sun Moon, Gondola Ropeway Tasik Sun Moon, dan Kampung Budaya Orang Asli Formosa. Ia juga merupakan penempatan asal utama puak orang asli Taiwan Thao.
Mesti-lihat: Hidangan set citarasa-asli
Masa: 2 jam (anggaran)
4. Ladang Teh Antik Assam
Yuchi adalah tempat di mana teh Assam India tanah rendah pertama kali ditanam secara komersial di Taiwan. Lawati bangsal pemprosesan-teh awal kurun ke-20 berinspirasikan-Ceylon yang kini didaftarkan sebagai tapak warisan bersejarah kebangsaan.
Mesti-lihat: Teh hitam Assam Ruby red
Masa: 30 min (anggaran)
5. Tasik Sun Moon
Tasik Sun Moon, tasik terbesar Taiwan, terletak dalam satu kawasan hutan hujan semulajadi yang damai. Sering disebut-sebut dalam cerita, lagu, dan puisi, tasik ini kini adalah milik anda untuk dijelajahi melalui bot atau dikelilingi dengan berjalan kaki atau berbasikal.
Mesti-lihat: Berjalan atau berkayuh di trek tepi tasik
Masa: 2 jam (anggaran)
Bas Pelancong Taiwan (perkhidmatan biasa bus ke tapak-tapak tempatan)
(MULA) Stesen TRA Taichung ⇄ Stesen HSR Taichung ⇄ Jambatan Ailan (Resort dan Spa New Era Art) ⇄ Kampung-Eko Tao-Mi (Kubah Kertas) ⇄ Dayan (Komuniti Seshui) ⇄ Yuchi ⇄ Ladang Teh Antik Assam ⇄ Tasik Sun Moon (AKHIR)
Jumlah Masa Kembara: 1.5 jam (mula hingga akhir)
Pergi ke Sana: Naiki teksi selama 50-min ke Stesen TRA Taichung. Untuk perjalanan pulang, naiki Bas Pelancong Taiwan untuk kembali ke Stesen TRA Taichung (lebih kurang 1.5 jam).
Tambang: Tambang teksi bermeter + NT$190 pas bas satu-arah (NT$340 pergi-balik)
Hotline: 04-9298-4031 / 04-9285-5668
Laman Web: www.taiwantrip.com.tw