Michelin dengan sukacitanya mengumumkan pemilihan untuk Panduan MICHELIN Taipei yang pertama, yang memilih sejumlah 110 unit perniagaan, merangkumi 33 jenis masakan, termasuk 20 restoran yang dianugerahkan satu atau lebih bintang.

Michael Ellis, Pengarah Antarabangsa panduan MICHELIN berkata: “Taipei adalah sebuah bandar yang mempunyai sejarah gastronomi yang sungguh kaya dan pelbagai masakan yang mengagumkan. Taipei juga telah melahirkan suasana makan yang benar-benar dinamik dan inovatif – semata-mata untuk menggembirakan pelanggan tempatan yang tidak sabar-sabar untuk mencuba rasa baru dan pengalaman yang berbeza.”

Dalam pemilihan pertama panduan MICHELIN Taipei ini, restoran Kantonis Le Palais telah dianugerahkan tiga bintang. Menyajikan hidangan Kantonis lengkap dan tidak terlalu perisa, serta lain-lain jenis masakan asli Cina, Le Palais dipimpin oleh Chef Chan, yang berpindah dari Macau ke Taiwan hampir 20 tahun yang lalu. “Chef Chan dan pasukannya telah menguasai seni memasak pelbagai jenis masakan Cina, dan pengalaman menjamu selera di sini benar-benar hebat; pengalaman yang sangat berharga! Itik panggang rangup gaya Kantonis, udang karang, tauhu dan hidangan-hidangan lain juga luar biasa lazat, tat kastard telur bakar pula sungguh menakjubkan. Kesemua ciptaan chef ini telah berjaya lulus pemeriksaan yang dijalankan” sambung Michael Ellis.

Dua restoran mendapat dua bintang dalam pemilihan panduan MICHELIN Taipei 2018: Ryu Gin, sebuah restoran kontemporari Jepun yang menyajikan masakan Jepun moden yang kreatif menggunakan bahan-bahan terbaik di pulau itu dan memperkenalkan elemen-elemen halus kemahiran memasak makanan Taiwan di dalam hidangannya, serta The Guest House, sebuah restoran yang menyajikan makanan Cina di mana hidangan Hunan dan Sichuan diolah menjadi persembahan yang menarik, menampakkan tekstur dan rasanya yang hebat.

Tujuh belas unit perniagaan mempamerkan masakan dari kontemporari Eropah, Jepun, Barbeku hingga masakan Hangzhou dianugerahkan satu bintang tahun ini. Restoran kontemporari Eropah, MUME dan Longtail, Restoran kontemporari Perancis L’Atelier de Joël Robuchon dan La Cocotte by Fabien Vergé masing-masing mendapat satu bintang. Masakan Taiwan dalam kategori satu bintang diwakili oleh Golden Formosa dan Ming Fu. RAW, yang dimiliki oleh Andre Chiang turut mendapat satu bintang, begitu juga dengan Taïrroir, sebuah restoran yang inovatif. Dua buah restoran Kantonis, Ya Ge dan Three Coins telah dimasukkan dalam pemilihan satu bintang tahun ini. Terdapat juga tiga buah restoran sushi Kitcho, Sushi Nomura dan Sushi Ryu yang setiapnya mendapat satu bintang.

Di samping itu, kategori Bib Gourmand yang dikeluarkan merangkumi sejumlah 36 tempat makan, 10 daripadanya adalah Makanan Jalanan dari Pasar Malam. Pemilihan ini menggambarkan bahawa Makanan Jalanan adalah penting dalam kehidupan seharian penduduk Taiwan yang menganggap tempat itu bukan sekadar tempat bersiar-siar, tetapi sebuah tempat yang penuh dengan gerai yang menjual snek dan makanan berat yang enak. Terdapat juga variasi makanan yang baik dalam pemilihan Bib Gourmand ini, di mana 11 jenis masakan ditemui semuanya termasuklah Mi Daging Taiwan yang sangat terkenal, dan juga masakan Taiwan asli.

Pemilihan lengkap Panduan MICHELIN Taipei 2018 boleh didapati di laman web Panduan MICHELIN Taipei 2018 https://guide.michelin.com/tw/en/taipei dan juga di kedai-kedai buku. Pemilihan baru ini termasuklah:

✓ 1 restoran dengan tiga bintang,
✓ 2 restoran dengan dua bintang,
✓ 17 restoran dengan satu bintang,
✓ 36 restoran dengan Bib Gourmand

PANDUAN MICHELIN TAIPEI 2018 

Unit perniagaan yang berbintang Pemilihan 

3 Bintang ♥♥♥

Masakan yang luar biasa, pengalaman yang sangat berharga

Anugerah tertinggi kami diberikan kepada masakan terbaik chef-chef di puncak profesion mereka. Ramuan yang digunakan dapat menjadi contoh, masakan dinaikkan ke taraf bentuk seni dan hidangan mereka sering kali ditakdirkan untuk menjadi klasik.

Le Palais頤宮 Kantonis

2 Bintang  

Masakan yang lazat, lencongan yang berharga

Personaliti dan bakat chef dan pasukan mereka terbukti dalam hidangan-hidangan yang halus dan disediakan dengan penuh mahir.

RyuGin 祥雲龍吟 Kontemporari Jepun
The Guest House 請客樓 Cina

1 Bintang ♥

Masakan yang berkualiti tinggi, persinggahan yang berharga!

Dalam kategori mereka, unit-unit perniagaan ini menggunakan ramuan yang berkualiti dan menyajikan hidangan yang disediakan dengan teliti, dengan rasa tersendiri.

Da-Wan大腕 Barbeku
Danny’s Steakhouse教父牛排 Restoran stik
Golden Formosa 蓬萊遵古台菜 Taiwan
Ken An Ho謙安和 Jepun
Kitcho 吉兆割烹壽司 Sushi
L’Atelier de JoëlRobuchon侯布雄 Kontemporari Perancis
La Cocotte by Fabien Vergé Kontemporari Perancis
Longtail Kontemporari Eropah
Ming Fu 明福台菜海產 Taiwan
MUME Kontemporari Eropah
RAW Inovatif
Sushi Nomura鮨野村 Sushi
Sushi Ryu鮨隆 Sushi
Taïrroir Inovatif
Three Coins大三元 Kantonis
Tien Hsiang Lo天香樓 Hang Zhou
Ya Ge雅閣 Kantonis

Mengenai Panduan MICHELIN

Panduan MICHELIN memilih restoran dan hotel terbaik di 31 negara dan kawasan-kawasan yang diliputinya. Dengan menyediakan pameran tempat makan gourmet di seluruh dunia, ia menonjolkan kedinamikan kulinari sesebuah negara, aliran baru serta chef-chef muda yang baru meningkat naik. Mewujudkan nilai kepada restoran melalui kecemerlangan yang dicapai setiap tahun, panduan MICHELIN menyumbang kepada prestij makanan tempatan, seterusnya menjadikan bandar dan negara lebih menarik minat pelancong.  Disokong oleh kaedah pemilihan yang teliti dan pengetahuan yang lama dalam industri keraian, panduan MICHELIN menyediakan pelanggan dengan kepakaran yang unik yang membolehkannya menawarkan kepada mereka perkhidmatan yang benar-benar berkualiti. Pemilihan-pemilihan boleh didapati dalam versi cetakan dan digital. Ia boleh diakses melalui Laman Web dan rangkaian media mudah alih yang menawarkan keupayaan navigasi yang disesuaikan dengan penggunaan individu serta perkhidmatan tempahan dalam talian. Dengan panduan MICHELIN, Kumpulan ini terus membantu berjuta-juta pelancong, membolehkan mereka merasai pengalaman mobiliti yang unik.

Mengenai Michelin

Sebagai sebuah syarikat pembuatan tayar terkemuka dunia, Michelin telah menumpukan seluruh perhatiannya untuk mempromosikan mobiliti mapan barangan dan manusia. Tayar yang dihasilkan dan dijual digunakan secara meluas untuk pelbagai jenis pengangkutan, seperti kapal terbang, kereta, basikal / motosikal, trak pembinaan, kenderaan pertanian dan trak pengangkutan, dan lain-lain. Sementara itu, Michelin menawarkan perkhidmatan mobiliti sokongan digital dengan maklumat pengembaraan melalui laman web ViaMichelin.com, dan ia juga menerbitkan panduan pelancongan, panduan hotel dan masakan, dan koleksi peta jalan. Ibu Pejabat Kumpulan Michelin terletak di Clermont-Ferrand di Perancis, dan beroperasi di 17 negara dengan 68 kilang dan bilangan kakitangan melebihi 111,700 di lebih daripada 171 negara. Michelin telah menubuhkan pusat teknologinya, dan beberapa jabatan penyelidikan dan operasi di Eropah, Amerika Utara, dan Asia. (Untuk maklumat lanjut, sila layari www.michelin.com)

Pada tahun 1972, Michelin telah dilancarkan secara rasmi di Taiwan dan berpusat di Daerah Xizhi di Bandar Raya New Taipei dengan sasaran perniagaan untuk menjual tayar Michelin yang terdiri daripada kereta penumpang, trak ringan, trak bas, trak kejuruteraan, kenderaan pertanian, basikal atau motosikal.