10 Teratas Destinasi Mata Air Panas Penjagaan Kesihatan dan Penjagaan Kulit di Taiwan
10 teratas mata air panas yang wajib dikunjungi di Taiwan telah dipilih kerana menawarkan hidroterapi mata air panas yang terbaik, manfaat terapeutik, pemandangan yang menakjubkan dan makanan yang lazat.
“Mata air panas Xinbeitou”: Dengan sulfur putih, sulfur hijau, sulfur ferum dan mineral-mineral penyembuhan lain di dalam airnya, Mata air panas Xinbeitou merupakan salah sebuah mata air panas termal tulen purba yang keluar dari bumi Taiwan. Xinbeitou kaya dengan budaya dan sejarah dan tempat ini mudah didatangi dengan menaiki keretapi ke stesen Xinbeitou.
“Mata air panas Jiaosi”: Mata air panas Jiaosi mempunyai suasana yang damai dan terletak dalam persekitaran kawasan pertanian yang indah. Mata air panas yang popular ini membolehkan mineral meresap ke dalam kulit anda dan membuatkan anda istirahat sepenuhnya. Jiaosai juga merupakan antara beberapa mata air panas tanah rata di Taiwan.
“Mata air panas Guguan”: Dikelilingi oleh anak-anak sungai kecil yang jernih dan hutan tebal pokok Sacred Pinus Morrisonicola, Mata air panas Guguan telah ditemui oleh suku kaum Atayal. Pengunjung dapat menikmati Pemandangan Gunung dan asid karbonik mata air panas yang ringan.
“Mata air panas Guanzihling”: Mata air panas Guanzihling merupakan satu-satunya mata air panas di Taiwan yang mengandungi mendapan lempung dan air lumpur terapeutik yang kaya dengan mineral dengan manfaat kesihatan yang turut bertindak seperti kosmetik semulajadi! Rebutlah peluang untuk mendapatkan pakej tiket “Ayam (Ayam Barel) Wain” yang hebat serta nikmati kopi Doshang dan bermacam-macam juadah istimewa. Mata air panas ini terletak di kawasan yang berpemandangan indah dengan pelbagai kejadian semula jadi.
“Mata air panas Jhihben”: Pengunjung ke Jhihben pasti terpukau dengan landskap semula jadi dan persekitaran ekologi sambil berendam di dalam mata air alkali karbonat yang jernih dan tidak berbau. Masakan asli tempatan Puyuma menawarkan aroma dan keenakan yang mengecurkan selera. Ia adalah satu kemestian untuk dicuba oleh semua pengunjung.
“Mata air panas Jinshan Wanli”: Mata air panas Jinshan Wanli terkenal sebagai “Pasar Raya Mata air panas” kerana kualiti mata airnya yang pelbagai meliputi berlainan jenis mata air air laut-suapan, mata air asid karbonik, mata air sulfur dan air oksida ferum yang berwarna cerah.
“Mata air panas Wulai”: Mata air panas semula jadi Wulai terkenal kerana budaya orang asli Atayal. Legenda Atayal yang penuh misteri ini amat berbaloi untuk diterokai dan di kawasan sekitarnya terdapat bandar-bandar yang tercantik di Taiwan. Lawatan bersiar-siar mudah didapati untuk membawa anda keluar mengenali keindahan hutan-hutan.
“Mata air panas Tai’an”: Mata air panas Tai’an merupakan mata air asid karbonik berwarna putih susu lut sinar yang kecil di mana anda dapat merasai pengalaman campuran budaya Hakka dan budaya sebenar Atayal.
“Mata air panas Baolaibulao”: Mata air panas Baolaibulao yang sangat popular ini juga dikenali sebagai “Negeri Indera Kayangan Penglai” dan “Mata air panas Sungai Bulao”. Ia telah berjaya dipulihkan selepas musnah akibat Taufan Morakot – kini ia telah hidup semula!
“Mata air panas Rueisuei”: Mata air panas Rueisuei mengandungi satu-satunya mata air karbonat Taiwan dengan air emas, yang terletak berhampiran dengan banyak tarikan di lembah itu.
Untuk maklumat lanjut mengenai mata air panas di Taiwan, sila layari: http://taiwanhotspring.net/
10 teratas adalah:
Xinbeitou di Taipei
Jiaosi di Yilan
Guguan (谷關) di Taichung;
Guanzihling (關子嶺) di Tainan
Jhihben (知本) di Wilayah Taitung;
Jinshan (金山) Wanli (萬里) di Kota New Taipei
Wulai (烏來) di Kota New Taipei
Tai’an (泰安) di Wilayah Miaoli
Baolaibulao (寶來不老) di Kaohsiung.
Rueisuei (瑞穗) di Wilayah Hualien