5 Tempat Unik yang MESTI anda kunjungi:
Jambatan Bintang (Starlight Bridge)
Berdasarkan konsep cahaya bintang, rupa bentuk pagar Jambatan Bintang telah khas direka supaya para pengunjung dapat berjalan-jalan di atas jambatan. Pengunjung-pengunjung dapat merasa angin musim luruh sepoi-sepoi bahasa sambil menikmati pemandangan panorama jambatan tersebut serta mengambil gambar yang keindahannya tidak terhingga.
Berkat di Gerbang Istana Naga (Blessings upon the Dragon Palace Gate)
Arca kepala naga yang terdapat di Gerbang Istana Naga merealisasikan berkat di gerbang ini secara kreatif. Kedua-dua buah bola naga yang terletak di tengah-tengah melambangkan mata naga dengan sesungut naga di kedua-dua belah. Persembahan cahaya berdasarkan teknologi moden yang dijalankan di gerbang, menunjukkan unsur kekayaan, berwarna-warni dan kepelbagaian yang terdapat di Penghu.
Gerbang Paus (Whale Arch)
Pantai utara Pulau Kecil Xiaomen terbentuk daripada basalt. Oleh sebab hakisan laut yang bertahun-tahun, sebahagian daripada pinggir laut berubah menjadi gerbang laut. Disebabkan gerbang laut ini kelihatan seperti ikan paus yang muncul di permukaan air, gerbang ini juga dikenali sebagai lubang paus. Sekarang, biarlah paus ini menakjubkan kita dan membawa kita untuk meneroka kehebatan dunia laut!
Laut Tersembunyi (Hidden Sea)
Laut Tersembunyi diilhamkan daripada tempat-tempat rahsia di bawah laut. Di bahagian ini, Sammy Liu, artis yang terkenal dengan karya cahaya dan bayangannya serta Billy Chang, penari utama Cirque du Soleil akan membuat pertunjukan legenda bersama kumpulan tarian Chang.
Dengan tubuh badan para penari dan kesan bunyi dan cahaya, pertunjukan ini bukan sahaja mempersembahkan penggunaan cahaya dan bayang, tetapi juga menunjukkan dinamik pentas di dalam ruangan kubik. Dengan penggunaan cahaya dan bayang ini, pengunjung-pengunjung dapat merasakan diri mereka berada dalam pertunjukan ini dan mempunyai pengamatan yang sangat mendalam.
Maklumat lanjut: https://www.penghu-nsa.gov.tw/Activities/PenghuAutumnFestivalEn/LightFestivalEN.htm