Pernahkah anda terbayang bunyi pepohon yang sedang mekar berbunga?

Manusia pada zaman sekarang sibuk bekerja, yang bukan sahaja amat meletihkan, tetapi turut membutakan fikiran mereka. Pada masa yang sama, “kebahagiaan” diibaratkan keheningan pepohon yang sedang mekar berbunga. Kita terlepas tempoh berbunganya yang indah tanpa disedari kerana kehidupan kita yang penuh kesibukan. Kita mungkin kaya harta benda, tetapi fikiran dan jiwa kita semakin kosong.

Sudah lama, manusia cenderung untuk menekankan kesan ekonomi dan tidak mengendahkan kerosakan alam sekitar yang berlaku. Keluaran Negara Kasar (KNK) asalnya merupakan penunjuk ekonomi yang menilai nilai pasaran akhir komoditi yang dihasilkan oleh rakyat sesebuah negara dalam tempoh tertentu. Walau bagaimanapun, dengan menetapkan “Kenali KNK: Cari Semula Hijau, Alam dan Manusia” sebagai tema Ekspo Flora Sedunia Taichung, kami memberikan KNK suatu nafas baru. Ia bukan lagi sekadar statistik yang hambar, tetapi nilai yang cantik daripada perkembangan harmoni Hijau (pengeluaran hijau), Alam (ekosistem) dan Manusia (kemanusiaan). Kami mahu semua orang tahu tentang sudut pandangan baru iaitu, KNK dengan kemesraan.

Tiga kawasan pameran Ekspo Flora Sedunia Taichung adalah persembahan KNK yang jelas di mana kami mendukung konsep seni reka bentuk “Tiada Pemusnahan, Hanya Pengoptimuman”.

【Hijau】Penghijauan. Pengeluaran. Berkongsi

•Tempat: Kawasan Taman Waipu
•Tema: Bunga and Kampung Keluaran Tani
•Ciri: Pengeluaran – Penghijauan – Berkongsi dengan Hijau

Tempat pameran utama “Kawasan Taman Waipu” mendukung nilai teras berkongsi dengan alam semula jadi, yang mewakili masa lampau, masa kini, dan imaginasi masa depan Taiwan, sebuah negara berasaskan pertanian. Untuk menunjukkan teknologi hijau pengeluaran dan ciri-ciri bunga dan buah-buahan tanah air, ia memanfaatkan secara khusus pertanian pintar agar sejajar dengan objektif Ekspo Flora Sedunia Taichung dalam memajukan pertanian berkualiti. Ia memberi tumpuan kepada makanan yang selamat, organik, bebas toksik dan kebolehkesanan agar orang ramai bukan sahaja boleh makan dengan selesa, tetapi juga memenuhi tanggungjawab kami dalam melindungi alam sekitar, mewujudkan sifar pencemaran, dan menyampaikan imej hidup makanan alami dan usaha ke arah kehidupan yang lebih ringkas. Selepas Ekspo Flora tamat, tempat ini akan berubah menjadi taman kreatif pertanian antarabangsa. Selain itu, Kumpulan Pasaran Lelongan Bunga telah pun ditubuhkan dan Persidangan Orkid Sedunia akan diadakan pada tahun 2020.

【Alam】Alam Semula Jadi . Ekosistem . Simbiosis

•Tempat: Kawasan Ladang Ternakan Kuda & Taman Hutan Houli
•Tema: Syurga Ekuin, Dusun
•Ciri: Ekosistem- Alam semula jadi- Hidup Bersama

“Kawasan Ladang Ternakan Kuda & Taman Hutan Houli” mendukung nilai teras simbiosis. Asalnya, seluruh Ekspo Flora Sedunia Taichung dirancang untuk diadakan di sini, tetapi kucing hutan spesies terancam tempatan, telah ditemui di sini pada tahun 2014. Oleh itu, Datuk Bandar Lin Chia-lung membuat keputusan untuk menjadikan perlindungan habitat kucing hutan sebagai keutamaan dan dengan itu mengurangkan sebahagian daripada kawasan pameran di Kawasan Taman Houli dan menggunakan Wiapu dan Fengyuan sebagai pelengkap. Tindakan ini menukar konflik menjadi situasi menang-menang dan mewujudkan tanah air yang indah yang hidup bersama dengan ekosistem.

Keputusan ini amat disanjungi di seluruh dunia. AIPH (Persatuan Pengeluar Hortikultur Antarabangsa) telah menamakan semula secara rasmi “Ekspo Flora Antarabangsa” kepada “Ekspo Flora Sedunia Taichung” pada tahun 2015 untuk mengiktiraf keputusan yang dibuat oleh Kerajaan Bandaraya Taichung dalam melindungi habitat haiwan liar.

Sambil merebut peluang untuk mengadakan Ekspo Flora, Kerajaan Bandaraya Taichung telah mengubah suai kandang kuda yang sudah berabad-abad usianya dan menukarnya menjadi medan menunggang kuda yang memenuhi piawaian antarabangsa. Selain itu, hutan serta pokok tua yang berharga dipelihara dan dijadikan “Tanah Kuda Flora” dan “Dusun”. Selepas Ekspo Flora tamat, tempat ini akan disediakan untuk mengadakan berbagai-bagai pertandingan ekuestrian dan lompat kuda agar sejarah budaya unik kandang kuda di Houli dapat ditonjolkan dan beroleh kembali kemuliaan masa lampaunya.

【Manusia】Budaya. Kehidupan. Kebaikan Bersama

•Tempat: Taman Fengyuan Huludun
•Tema: Pusat flora di tebing sungai
•Ciri: Budaya-Kehidupan-Kebaikan Bersama

CNN pernah memperkenalkan Taichung sebagai bandar yang paling sesuai didiami di Taiwan dan Kawasan Taman Fengyuan Huluduan merupakan model terbaik hidup yang bahagia di Taichung.

Sungai Juanpitzu merupakan sungai yang dibina untuk pengairan pertanian, yang mengalir perlahan-lahan melalui tanah ladang dan memberi manfaat kepada orang ramai. Akan tetapi, dengan pembangunan bandar, manusia dan sungai menjadi semakin jauh disebabkan oleh pemisahan konkrit. Pada masa kini, persekitaran hidrofili boleh dibina menggunakan langkah-langkah ekologi untuk mewujudkan “Bandar Flora Tebing Sungai” bertaraf dunia. Terdapat pameran seni dan aktiviti tebing sungai termasuk pastri, gourmet, berkanu, dan pesta cahaya di Koridor Flora Tebing Sungai yang terpanjang di Taiwan ini. Kawasan ini mendukung nilai teras budaya dan kebaikan bersama dan mentafsirkan semula hubungan antara air dan manusia. Ia bukan sahaja mampu mengubati kelesuan mereka yang sentiasa sibuk, tetapi juga bergabung dengan budaya pastri tempatan dan menyajikan rakyat dengan jamuan bunga dan gourmet. Selepas Ekspo Flora tamat, tempat ini akan menjadi muzium pastri.

Ekspo Flora Sedunia Taichung bukanlah kejayaan yang dicapai dalam sekelip mata; ia adalah satu perjalanan dan peluang untuk pembangunan. Ekspo Flora adalah platform untuk menunjukkan kepada dunia hasil kerja keras pekebun bunga dan buah Taiwan, kepintaran reka bentuk kreativiti budaya, usaha para sukarelawan, dan juga kebaikan hati rakyat Taiwan yang amat terpuji. Ia membolehkan dunia memberi tumpuan kepada Taichung. Paling penting, ia membolehkan dunia lebih mengenali Taiwan.

•Tarikh: November.2018- April.2019
•Tempat: Kawasan Taman Waipu, Kawasan Ladang Ternakan Kuda & Taman Hutan Houli, dan Taman Huludun
•Maklumat lanjut:  http://2018floraexpo.tw/En/