Pesta Tanglung Taiwan 2018 akan dilancarkan melalui air, di darat dan di udara. Menggabungkan elemen-elemen pelancongan, teknologi, budaya dan seni, pesta ini dijangka akan memperlihatkan tradisi dan kreativiti baru Chiayi County sebagai acara “bijak” pecah tanah.
Zon tanglung “air” menampilkan pertunjukan air dan cahaya yang setanding dengan piawai antarabangsa di lautan awan, matahari terbit, laluan hutan dan bunga sakura Alishan yang terkenal sedunia, di samping persembahan landskap air dan seni bina Cawangan Selatan Muzium Istana Negara yang terletak di tengah-tengah Chiayi. Pertunjukan-pertunjukan ini akan berlangsung pada waktu tertentu setiap malam sepanjang tempoh pesta, sambil disertai persembahan tarian oleh kumpulan profesional.
Zon tanglung “darat” menjejaki sejarah Chiayi, menonjolkan seni kraf tradisional dan karya-karya pelukis tempatan. Idea baru diterapkan ke dalam paparan tanglung tradisional ini dengan cara artistik.
Zon tanglung “udara” menunjukkan tanglung teknologi tinggi yang dibuat dengan teknologi, bahan dan teknik baru. Tanglung ini nampak benar-benar berbeza.
Chiayi sedang merancang untuk membina sebuah pesta tanglung yang inovatif. Dengan memasukkan elemen-elemen teknologi, kesenian dan kebudayaan, setiap paparan adalah unik dan mempunyai kisah tersendiri. Jangan ketinggalan untuk hadir ke satu-satunya acara seperti ini!
Masa: 2018/03/02 – 03/11
Kawasan Tanglung Utama:
Cawangan Selatan Muzium Istana Negara (故宮南院)
Taizi Boulevard (太子大道)
Kawasan Pentadbiran Khas Chiayi County (縣治燈區)