Kisah-kisah Taiwan
Pesta Kayuhan Taiwan
Pesta Tanglung Taiwan
Persekitaran Mesra Muslim
Mata Air Panas
Taiwan disenaraikan antara 15 tapak mata air panas terbaik di dunia, menawarkan pelbagai jenis mata air, termasuk mata air panas, mata air sejuk, mata air lumpur dan mata air panas dasar laut. Lebih daripada 100 mata air panas telah ditemui di Taiwan, dengan sebahagian besarnya terletak di utara Taiwan.
Lawatan mata air panas di Taiwan menjanjikan bukan sahaja relaksasi, tetapi juga peluang untuk menikmati ketenangan alam semula jadi, menjadikannya pengalaman yang bermanfaat dan menyegarkan.
Kereta Api Berkelajuan Tinggi
Kereta Api Berkelajuan Tinggi Taiwan (Taiwan High Speed Rail, THSR), telah membawa banyak kemudahan kepada sistem pengangkutan awam Taiwan, kerana ia mendekatkan bandar-bandar.
Sepanjang "Koridor Barat" Taiwan terdapat 12 stesen THSR, dan pembelian tiket boleh dibuat di kaunter, mesin layan diri, atau di kedai-kedai serba ada di seluruh Taiwan. Ia adalah sistem pengangkutan moden dan mudah diakses yang telah meningkatkan perjalanan dalam Taiwan.
Salam Taiwan
Keindahan di Taiwan, penuh dengan kebudayaannya, gaya hidup yang menarik, teknologi tinggi yang membangunkan, perayaan tradisional, dan kepelbagaian agama yang menggabungkan untuk menjadi tempat yang cantik dan menarik untuk dikunjungi anda. Kami mengalu-alukan semua dari pelusuk dunia untuk mengunjungi tanah air kami. Tanpa mengira latar belakang anda, setiap perjalanan akan diatur dan sesuai dari segala aspek. Diantara empat musim di Taiwan, ia akan menawarkan pengalaman yang sangat unik yang tidak dapat anda lupakan semasa menjelajahi di Taiwan!